USAHAWAN
KEDUA: DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH
NAMA:
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA:
33 tahun
LAHIR:
24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK
BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN:
Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN:
Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn
Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN:
Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk
oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan
Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)
KISAH
KEJAYAAN
PADA
usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang
memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi
perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu
kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai
RM 9 juta.
Memang
selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini,
beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah
rezeki diberi Allah SWT.“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari
ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.
Anak
muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk
Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering
menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya
sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.
Destinasi
ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke
Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki,
semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan
keselesaan.
Bagi
Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini
di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan
atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.“Biasalah…
dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan
pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.“Ketika
itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata
bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang
dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral,
Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd,
Datuk Sharifuddin Musa.
Selama
beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa
depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin
dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.“Melihat
rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa
ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia
meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada
masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan
saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai
kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.Beliau meletakkan
tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Katanya, beliau
bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti
Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan
iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
“Ketika
zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung
Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas
sebagai pengangkutan.“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki
bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas
ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala
Terengganu,” katanya.Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan,
pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras
sehingga terpaksa tidur di pejabat.
Pada
2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu
saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu
menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika
itu memang getir,” katanya. Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang
keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.“Ketika ada dua rakan
kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya
perlu membuat keputusan sendiri.“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya
akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.
Sani
berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan
sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan
operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga
tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.Katanya, beliau
menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan
yakin dengan apa yang dibuat.“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi.
Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?
“Apapun
pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan
perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin
pesat berkembang,” katanya. Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana
hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada
seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat
kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai
dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’
Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma
itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
Paling
menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau
secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma
berkenaan. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah
sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.“Saya bukan
sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan
sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar,
malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu
akan saya jadikan iktibar. “Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai
sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita
boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya. Statusnya sebagai orang
bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya. Beliau belum berkeluarga dan
mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
“Setakat
bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,”
katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan
utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.“Dari dulu saya guna
pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya
gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express. “Selain itu saya
mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani
kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja
jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya
yang mesra dengan kakitangannya. Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga,
tidak mungkin beliau berjaya.
“Apa
jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang
disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. “Doa juga penting dan dalam hal ini
ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu
juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”
katanya.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.