Wednesday, October 15, 2014


ASSALAMUALAIKUM.......)

Salam Perkenalan....



PENGENALAN

  
            Blog ini diwujudkan untuk memenuhi tugasan individu bagi subjek KEMAHIRAN DAN GELAGAT KEUSAHAWANAN (BPME2013) bagi pelajar yang mengambil kursus ini sesi  2014/2015.  Oleh hal yang demikian,blog ini diwujudkan untuk berkongsi pelbagai jenis maklumat yang berkaitan dengan keusahawanan dan juga perniagaan yang dijalankan. Kami dikehendaki untuk mencari maklumat berkaitan dengan usahawan dan artikel-artikel yang berkaitan dengan pembangunan perniagaan. Tugasan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan para pelajar memulakan tabiat untuk  menjalankan perniagaan secara online pada masa akan datang. Para pelajar juga boleh membina pengalaman dengan penulisan di dalam blog ini sebagai satu platform kerjaya yang akan datang. 

KONSEP BLOG

Blog ini dicipta untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan  yang sedia ada dalam menceburi bidang keusahawanan. Selain itu juga, penulisan blog dapat memenuhi pemikiran dan pandangan  individu tersebut terhadap bidang keusahawanan. Perkongsian maklumat terhadap aktiviti keusahawanan dan gelagat seorang usahawan dapat menarik minat orang ramai untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut. Maklumat di dalam blog yang kaya dengan pelbagai maklumat untuk dikongsikan atau diniagakan akan membantu menarik lalulintas maya jika pelajar dan orang ramai yang ingin menjalankan perniagaan secara online. Blog ini juga ditubuhkan bertujuan untuk meneroka dan mengetahui sejarah perkembangan perniagaan di Malaysia terutamanya serta mengkaji pelbagai jenis  perwatak,ciri-ciri seorang usahawan,gaya hidup mereka dan kehidupan sebagai seorang usahawan yang berjaya.
   Berdasarkan kepada blog yang telah saya hasilkan, saya memilih tema warna merah putih sebagai latar untuk blog saya. Pemilihan warna ini disebabkan oleh warna kesukaan saya sendiri dan warna tersebut juga mempunyai maksud tertentu. Warna merah merupakan tanda keberanian dan mempunyai semangat yang kental dalam diri. Hal ini amatlah bersesuaian dengan ciri-ciri seorang usahawan iaitu berani mengambil risiko dan tabah dalam melalui pelbagai cabaran untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Warna putih pula melambangkan kebersihan dan kesucian. Walaupun putih dikatakan sebagai lambang kekalahan namun ianya mencorakkan kepada usahawan untuk bersemangat lebih tinggi dalam setiap masalah dan urusan yang dihadapi.
            Tajuk yang saya pilih untuk digunakan dalam blog saya ialah "DUNIA PERNIAGAANKU". Tajuk ini dipilih bertujuan untuk menceritakan dan memberi maklumat yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan yang berkesan untuk bergelar sebagai usahawan yang berjaya. Pemilihan tajuk ini juga adalah bersesuaian untuk mumudahkan lagi segala urusan dan maklumat yang berkaitan dengan subjek ini dapat dikongsikan kepada orang ramai ataupun bakal pengikut blog kami. 
            Kesimpulannya, setiap orang mempunyai aktiviti keusahawanan tersendiri untuk memajukan sesebuah perniagaan, namun sebagai usahawan haruslah bersemangat kental dan berani untuk berhadapan dengan pelbagai risiko. Oleh itu blog ini dicipta untuk menyampaikan dan berkongsi pelbagai jenis maklumat yang diperolehi dari segi perniagaan ataupun kemahiran-kemahiran yang ada. Saya berharap agar segala bentuk aktiviti dan penyampaian maklumat di dalam blog ini memberi ilmu yang berguna dan tambahan ilmu yang bermakna kepada pengunjung-pengunjung blok ini. Saya juga berharap agar  bakal pengunjung-pengunjung blog saya mendapat ilmu yang bermanfat hasil daripada maklumat yang akan diberikan didalam blog ini nanti. 





No comments:

Post a Comment