Monday, October 27, 2014

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Usahawan adalah individu yang mengenali peluang di mana orang lain melihatnya sebagai kekacauan ataau kekeliruan. Usahawan adalah pencetus yang agresif untuk melakukan perubahan di dalam pasaran. Mereka adalah seumpama atlet sukan Olimpik yang menyahut cabaran untuk memecahkan halangan baru seperti pelari jarak jauh yang bergelut dengan keazaban jarak kilometer. Dalam keghairahan masing-masing, mereka sebenarnya sepadan dengan suatu bentuk usahawan yang merupakan wira dalam pasaran masa kini. Keghairahan dan dorongan usahawan menggerakkan dunia perniagaan untuk maju ke hadapan. Hanya melalui simpanan, pelaburan dan inovasi mereka telah memacu kepada pembangunan. Mereka juga telah membasmi kemiskinan dengan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

1.0  KONSEP KEUSAHAWANAN
Menurut Histrich & peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta dimana menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa & usaha dengan mengambil risiko kewangan. Psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya.
Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

1.1  SIAPAKAH USAHAWAN
Menurut Scaborough dan Zimmerer (1988), “Seorang yang mencipta sesuatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”
Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), “Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko dalam perniagaan. Usahawan jug adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistic dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

1.2  EVOLUSI KEUSAHAWANAN
Peter F. Ducker menyatakan bahawa perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan Bahasa Perancis, “entrepredre” yang bermakna “to undertake” iaitu dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

  ZAMAN PERMULAAN
            Definisi keusahawanan bermula seawall zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan di antara kapitalis dengan pedagang tersebut.

   ZAMAN PERTENGAHAN
            Usahaawan digambarkan sebagai seorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal (berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awan dan gereja.

    ABAD KE-17
            Terdapat hubungan di antara risiko dan usahawan.Keusahawanan adalah orang yang menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adaalah tetap. Oleh itu, kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillon mengutarakan teori (definisi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan penerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.

   ABAD KE-18
            Usahawan dipisahkan daripada pembekal capital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industry dan penciptaan yang berlaku di seluruh dunia. Sebagai contoh, Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital bukannya pembekal modal.

   ABAD KE-19 DAN 20
            Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

   ABAD KE-21
            Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts

1.3 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah penting kerana ianya menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi)juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan  (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

1.4  PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan di sektor pertanian, kaum Cina berkerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja di sektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih ke depan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah memfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995,  kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanansebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunankeusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

No comments:

Post a Comment