BUDAYA KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF
ISLAM
Budaya
bermaksud kemajuan fikiran, akal budi (cara pemikiran, berkelakuan dan sebagainya).
Ianya juga ditafsirkan sebagai satu set
sikap, tingkah laku, nilai-nilai dan tindakan yang dikongsi bersama oleh
sekumpulan manusia, syarikat dan sebagainya. Keusahawanan pula merupakan kata
terbitan usahawan yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
usahawan. Oleh yang demikian budaya keusahawanan bolehlah disimpulkan sebagai cara
pemikiran, sikap, norma dan kelakuan yang dimiliki dan dipraktikkan oleh
individu usahawan itu sendiri. Sebagaimana yang telah dinyatakan, Islam amat
menyanjung bidang keusahawanan dan ianya memberikan pelbagai keistimewaan khusus kepada usahawan. Bagi
menyemai budaya keusahawanan ini, kita perlu mengenali dan mengetahui apakah
ciri-ciri dan gelagat yang perlu ada dan harus diamalkan oleh setiap usahawan
muslim. Antara ciri-ciritersebut adalah seperti berikut:
1. Mengamalkan
nilai-nilai murni keusahawanan
Nilai
dan akhlak tidak dapat dipisahkan daripada keusahawanan.
Ianya merupakan asas bagi pembentukan peribadi setiap individu muslim termasuklah
usahawan. Dalam bidang perniagaan, Islam mewajibkan setiap usahawan untuk
berpegang teguh dengan nilai kebaikan dan menjauhi nilai-nilai keburukan. Oleh
sebab itulah jaminan hanya diberikan kepada usahawan yang benar-benar jujur dan
ikhlas sahaja. Terdapat banyak nilai-nilai kebaikan yang perlu diamalkan oleh para usahawan.
Kajian menunjukkan terdapat banyak nilai-nilai murni dan gelagat yang baik
wujud dalam diri mereka. Nilai dan gelagat inilah yang menyebabkan mereka
berjaya mengharungi pelbagai jenis rintangan dalam perniagaan mereka. Antara
nilai dan gelagat yang wujud menurut beberapa kajian adalah seperti berani
menanggung risiko, berdikari, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, murah hati,
optimis, kuasa, perihatin, keperluan pencapaian yang tinggi, berkeyakinan diri
dan sebagainya.
Ciri-ciri,
gelagat serta sikap-sikap tersebut boleh dikategorikan sebagai sikap yang positif
atau terpuji (mahmudah). Malah Rasul sendiri sebagai peniaga yang berjaya telah
menunjukkan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan seharian baginda. Baginda berjaya
membuktikan bahawa dengan mengamalkan sifat-sifat yang baik, perniagaanmasih
menguntungkan malah lebih baik berbanding peniaga yang tidak jujur.Keuntungan
yang menjadi objektif baginda bukanlah semata-mata keuntungan kebendaan tetapi
keredaan Allah adalah lebih utama.
a). Nilai kepimpinan dan pengurusan
yang baik
Kepimpinan
dan pengurusan yang baik merupakan nilai yang utama dalam budaya keusahawanan.
Usahawan perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu mengurus perniagaan
dengan baik dan teratur. Nilai-nilai ini seharusnya diamalkan dan dihayati oleh
semua orang serta tidak hanya terhad kepada usahawan sahaja. Ini amat penting
kerana setiap manusia mempunyai tanggungjawab tersendiri dan perlu mengurus
tanggungjawabnya dengan baik dan teratur.
Nilai-nilai
kepimpinan ini sebenarnya telah menjadi budaya umat Islam sejak dahulu lagi.
Malah kepimpinan yang baik telah tersemai dalam kalangan kaum Quraisy sebelum kedatangan
Islam lagi. Ini menjadikan Quraisy merupakan antara bangsa pilihan yang telah
bertamadun sejak sekian lama. Rasulullah pula merupakan manusia pilihan dalam
bangsa yang terbaik dalam zamannya. Ini terbukti apabila baginda telah dipilih
untuk menjadi orang yang meletakkan Hajar Aswad kembali ketempatnya seterusnya menyelesaikan
perbalahan yang berlaku. Pemilihan ini adalah atas dasar ketokohan dan
kemuliaan peribadi Baginda di mata orang-orang Quraisy
b). Berani menghadapi risiko
Risiko
merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan bidang perniagaan dan keusahawanan.
Tahap risiko akan menentukan kadar keuntungan yang akan diperolehi. Oleh yang
demikian, usahawan perlulah bersedia dan berani untuk menghadapi sebarang
kemungkinan dalam perniagaan yang dijalankan. Rasulullah dan sahabat telah
menunjukkan contoh keberanian menghadapai sebarang risiko dalam menegakkan
kalimah Allah. Mereka sanggup berperang dengan bilangan tentera yang jauh lebih
sedikit berbanding kaum Musyrikin. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna umat
Islam perlu berani secara membuta tuli. Keberanian haruslah disertai dengan
strategi dan perancangan yang baik.
c). Amanah
Amanah
juga merupakan nilai yang amat penting dalam keusahawanan. Ianya merupakan sifat
mulia bagi nabi-nabi dan rasul-rasul. Dalam hal ini Rasulullah sendiri telah menunjukkan
contoh terbaik sehingga digelar al-Amin. Allah berfirman:
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil.”
Al- Nisa’ (4): 58
Kisah
sifat amanah Rasul dan ketokohannya dalam bidang keusahawanan ini tidak dapat
disangkal lagi. Allah telah mendidik Nabi supaya bersifat amanah melalui kerjanya
sebelum menjadi peniaga iaitu sebagai pengembala kambing. Sifat inilah yang
menambat hati Khadijah sehingga sanggup membuat pelaburan yang besar dan memilih
Rasulullah untuk menguruskan perniagaannya ke Syam. Sebagai balasan Rasulullah
telah berjaya mendapat keuntungan yang paling besar berbanding peniagapeniaga yang
pernah dilantik oleh Saidatina Khadijah sebelum ini.
d). Sabar
Ramai
tokoh usahawan yang beberapa kali menghadapi kegagalan dan terpaksa membina
semula perniagaan daripada awal. Tokoh-tokoh seperti Hendry Ford, Albert Kwok,
Boon Siew dan ramai lagi merupakan usahawan yang telah menghadapi pelbagai jenis
masalah dan cabaran pada awal pembabitan mereka dalam perniagaan. Walaubagaimanapun,
atas daya usaha dan kesabaran yang tinggi mereka telah berjaya membina sebuah empayar
perniagaan yang besar. Oleh yang demikian tahap kesabaran yang tinggi amat
penting bagi memastikan usahawan tersebut berjaya mengharungi pelbagai cabaran
dan rintangan dalam perniagaan. Sifat sabar ini juga merupakan sifat para rasul
dan nabi-nabi.
Sebagai
manusia biasa, para usahawan dituntut untuk sentiasa memohon kepada Allah agar
sentiasa diperteguhkan kesabaran dalam menghadapi pelbagai masalah. Sabar dalam
Islam termasuklah sabar dalam melaksanakan perintah dan sabar dalammeninggalkan
segala larangan Allah. Firman Allah yang bermaksud:
“
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi
susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan
dengan mengerjakan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang yang sabar”. al-Baqarah(2): 153
e). Bersedekah
Konsep
sedekah merupakan konsep yang meluas dan penting dalam ekonomi Islam. Sedekah
bukan sahaja dibuat semata-mata untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah
tetapi keutamaanya adalah memberikan
kestabilan ekonomi umat Islam. Usahawan haruslah menyedari obligasi mereka
untuk bersedekah sebagaimanamaksud firman Allah:
“
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi)
hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada meminta)” al-Zariyat (51): 19.
Dalam hal ini para sahabat Rasul telah menunjukkan contoh yang baik di mana mereka
sanggup menyumbangkan sebahagian besar keuntungan mereka ke jalan Allah. Abdul
Rahman ‘Auf telah meninfaqkan barang dagangannya yang baru pulang dari Syam
sebanyak 700 tunggangan penuh dengan barang dagangan. Selain itu beliaujuga
telah menyumbang sebanyak seratus tunggangan penuh dengan muatan untuk para
pejuang Islam di Madinah.
2). Konsep Ubudiyah
Islam
sebagai agama yang syumul tidak memisahkan segala urusan perniagaan dengan
nilai-nilai agama. Perniagaan bukan sahaja dianggap sebagai kerjaya tetapi juga
dikira ibadat dalam Islam dan akan mendapat ganjaran sewajarnya di akhirat. Usahawan
muslim tidak seharusnya menjadikan untung material semata-mata sebagai objektif
yang utama. Objektif akhir haruslah
difokuskan ke arah mencapai keredaan Allah. Sebagai khalifah yang mentadbir dan
memakmurkan bumi Allah, manusia haruslah sentiasa menuruti segala perintah dan
meninggalkan segala larangannya. Manusia juga
tidak mempunyai kuasa yang mutlak dalam semua hal, bahkan segala-galanya
adalah dalam pengetahuan dan ketentuan Allah semata-mata. Inilah yang
menjadikan banyak konsep yang berbeza antara perniagaan dalam Islam dan
konvensional. Kefahaman dan penghayatan
konsep ubudiyah ini akan memberikan impak yang nyata dalam prestasi seseorang
individu. Seseorang muslim yang menyedari hal ini akan bekerja
bersungguh-sungguh dan mengamalkan budaya kerja cemerlang. Mereka akan mematuhi
segala arahan dalam melaksanakan tanggungjawab dan menghindari perkara-perkara
yang dilarang. Ini akan memudahkan organisasi mencapai objektifnya dengan cepat
dan tepat.
3). Jaringan perniagaan
yang kukuh
Apabila
hijrah umat Islam berlaku, antara strategi utama Rasulullah adalah membina masjid
dan seterusnya mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Strategi ini merupakan
asas kepada pengukuhan dan kekuatan masyarakat Islam yang masih baru di Madinah
sewaktu itu. Ternyata strategi ini
berjaya untuk membentuk ummah yang kuat dan berjaya mengalahkan musuh yang
datang dari luar. Peristiwa ini
menunjukkan bahawa kesatuan dan semangat kekitaan amat penting dalam membentuk satu
komuniti yang kukuh termasuk juga komuniti usahawan. Usahawan muslim seharusnya
mempunyai jaringan keusahawanan yang kuat agar mereka dapat saling bantu-membantuuntuk
memperkuatkan antara satu sama lain.
4). Tadbir urus
korporat yang baik
Tadbir
urus korporat merujuk kepada sistem di mana sesebuah syarikat telah diurus dan dikawal selia dengan baik. Lembaga
pengarah adalah bertanggungjawab dalam pentadbiran syarikat manakala pemegang
saham berperanan untuk melantik pengarah-pengarah dan juruaudit serta memastikan
struktur yang betul sentiasa berjalan dengan lancer. Dalam konsep tadbir urus
ini, fokus akan diberikan kepada soal-soal berkenaan tanggungjawab,
akauntabiliti, ketelusan, kesepakatan dan kepimpinan. Hal ini amat penting bagi
memastikan setiap individu dalam sesebuah organisasi dapat menjalankan tugas
masing-masing dan tidak menyalahgunakan kuasa yang ada demi kepentingan
peribadi.
Islam
juga telah menetapkan mekanisme pengawalan yang lengkap meliputi pengawalan
luaran dan kendiri. Mekanisme kawalan luaran adalah persekitaran individu itu
sendiri iaitu yang meliputi rakan
sekerja, organisasi dan masyarakat. Mekanisme ini wujud atas kesedaran bahawa
setiap individu mempunyai tanggungjawab masingmasing dan akan dipersoalkan
mengenai tanggungjawabnya di akhirat nanti. Selain itu juga konsep amar makruf
nahi munkar juga merupakan konsep yang mengarah kepada objektif berikut.
5). Kreatif dan
inovatif
Kreatif
bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu
idea yang asli. Manakala inovatif adalah perihal memulakan sesuatu hasil yang
baru. Sebagai individu yang sentiasa mengenal pasti peluang, nilai kreatif dan
inovatif merupakan nilai yang amat penting bagi setiap individu usahawan. Sifat
inovatif ini amat digalakkan oleh Islam memandangkan Allah menciptakan setiap
sesuatu adalah untuk digunakan oleh manusia. Hal ini dinyatakan melalui ayat yang
bermaksud:
“Dialah
(Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”. al-Baqarah (2): 29
Ayat
tersebut menjelaskan bahawa Allah menciptakan segala yang ada di muka bumi ini
untuk dimanfaatkan oleh manusia. Walau bagaimanapun manusia perlulah berfikir bagaimana
untuk mengubah sumber asas kepada produk yang dapat memenuhi kehendak mereka.
Oleh sebab itu mereka dikurniakan akal fikiran dan keistimewaan ini haruslah
digunakan sebaik-baiknya untuk kemudahan semua pihak.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.