MENERAPKAN BUDAYA USAHAWAN DALAM
MASYARAKAT
Pembentukan
usahawan muslim memerlukan persekitaran ekonomi dan sosial yang kondusif. Untuk mewujudkan persekitaran sosial yang
baik, masyarakat Islam haruslah mempunyai kesedaran dan mengamalkan budaya
keusahawanan dalam kehidupan seharian. Umat Islam bukan sahaja harus mengubah
persepsi mereka terhadap bidang perniagaan tetapi perlu menghayati nilai-nilai
yang wujud dalam keusahawanan itu sendiri. Nilai-nilai tersebut perlulah ada
dalam setiap individu meskipun mereka tidak menjalankan sebarang jenis
perniagaan. Konsep ini dikenali sebagai keusahawanan dalaman
(intrapreneurship). Bagi mencapai objektif ini, pelbagai usaha perlu diambil oleh
pelbagai pihak dan perlu digembeling secara kolektif. Antara inisiatif-inisiatif yang boleh diambil adalah
seperti berikut:
1. Pengukuhan melalui Institusi
keluarga
Institusi
keluarga merupakan permulaan pembentukan individu dan masyarakat. Melalui
peranan ibu bapa, anak-anak akan dibentuk
mengikut acuan yang mereka kehendaki. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai
kepentingan keusahawan ini perlulah diwujudkan dalam diri ibu bapa terlebih
dahulu. Memang tidak dinafikan bahawa, ramai ibu bapa dalam kalangan masyarakat
Islam yang tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan. Ini disebabkan oleh mereka tidak dapat menjadi role model kepada
anak-anak mereka. Walau bagaimanapun mereka haruslah menggalakkan sebarang
usaha anak-anak mencuba bidang ini dan tidak bertindak menghalang niat mereka.
Mereka juga harus menyemai nilai-nilai keusahawanan seperti berani mengambil
risiko, kreatif dan sabar sejak kecil lagi. Ini secara tidak langsung akan
mengembangkan potensi diri mereka.
2. Meningkatkan ilmu pengetahuan
Pepatah
melalui ada menyatakan “ kalau tak kenal maka tak cinta”. Pepatah tersebut membawa
maksud bahawa, seseorang itu akan cenderung atau meminati sesuatu hanya apabila
dia benar-benar memahami perkara tersebut. Begitu juga dengan bidang keusahawanan,
pengetahuan yang mendalam amat perlu untuk memastikan seseorang itu berjaya
dalam bidang yang diceburi. Masalah tidak mempunyai pengetahuan yang cukup
merupakan masalah yang agak membimbangkan dalam kalangan usahawan Muslim.
Pengetahuan yang dangkal menyebabkan usahawan Muslim tidak dapat bersaing di
peringkat yang lebih tinggi. Mereka tidak dapat mengurus dengan baik akibat
tidak mempunyai pengetahuan pengurusan yang baik.
Oleh
yang demikian, budaya menuntut ilmu ini perlu dihayati oleh semua pihak, terutamanya
golongan usahawan. Ini memastikan bahawa
golongan usahawan muslim merupakan golongan yang disegani dalam bidang ilmu
pengetahuan di samping mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi. Pendekatan
pendidikan ini juga harus ditekankan oleh pihak-pihak berwajib dalam mendidik
masyarakat. Kursus-kursus dan seminar secara formal mahupun tidak formal perlu
diperbanyakkan bagi memastikan budaya
ini dapat dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat.
3. Contoh yang baik oleh usahawan
Peranan
membudayakan masyarakat dengan keusahawanan perlulah ditunjangi oleh usahawan
sendiri. Usahawan perlu menunjukkan contoh yang baik dan menjadi rolemodel
kepada masyarakat sekeliling. Persepsi buruk terhadap mereka perlu
diperbetulkan dari semasa ke semasa. Usahawan perlu mencontohi para sahabat
Rasul yang sentiasa menjadi penyokong kuat terhadap perkembangan Islam. Para
usahawan muslim haruslah beriltizam
untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam keusahawanan dan
meninggalkan segala larangan Allah s.w.t. Sifat-sifat sabar, ikhlas, mesra dan
sebagainya harus ditonjolkan dalam perniagaan di samping menawarkan
produk-produk yang berkualiti. Di samping itu usahawan juga harus memenuhi
obligasi mereka terhadap masyarakat dengan bersedekah, menderma dan menunaikan
zakat.Usahawan juga perlu mendekatkan diri dengan masyarakat dan memainkan
peranan yang lebih aktif.
4. Sokongan berterusan dari pihak
kerajaan
Kerajaan
haruslah memainkan peranan yang penting
dalam menerapkan budaya keusahawanan dalam masyarakat. Pelbagai usaha dan dasar
telah dirangka bagi mencapai objektif tersebut. Melalui Dasar ekonomi Baru
kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah dalam meningkatkan pegangan orang Melayu dalam
ekonomi. Selepas Dasar Ekonomi Baru, kerajaan tetap meneruskan usaha murni ini
dengan mewujudkan Dasar Pembangunan Negara. Penyertaan masyarakat Melayu dalam
bidang keusahawanan diberikan dorongan dan bimbingan padu dari pelbagai sudut.
Kerajaan telah mewujudkan pelbagai agensi untuk menyokong usaha-usaha ini.
Antaranya adalah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, MARA, MARDI,
PERNAS, MIDA dan banyak lagi badan-badan lain. Agensi dan badan-badan ini dapat
membantu usahawan dari segi kewangan, pemasaran, kemahiran teknologi dan
pelbagai aspek lain.
Melalui
dasar-dasar tersebut kerajaan secara langsung dan tidak langsung telah cuba untuk
menerapkan budaya keusahawanan kepada seluruh Masyarakat. Program yang dirangka
oleh agensi dan kementerian terbabit bukan sahaja meliputi individu yang berkecimpung
dalam perniagaan malah meliputi pelajar
sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kesedaran dan motivasi perniagaan juga diberikan kepada golongan-golongan
tertentu seperti ibu tunggal dan masyarakat di bawah kategori miskin.
Program-program seperti ini sebenarnya memberikan gambaran kepada masyarakat
betapa pentingnya keusahawanan dan perlunya mereka menghayati budaya dan
nilai-nilai dalam keusahawanan tersebut.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.