USAHAWAN
PERTAMA: DATUK YUSOF TAIYOOB
BIODATA
Nama
: Datuk Yusuf Taiyoob
Jawatan
: Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Asal : Georgetown, Pulau Pinang
Umur :
54 tahun
Isteri
: Datin Yusnita Ramli
Anak : Waseem (11), Safiya (8) dan Safina (5)
Adik-beradik
: Anak sulung daripada empat beradik
Jenis
perniagaan : Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus
buah-buahan
Kisah Kejayaan Yusof
Taiyoob
Usahawan
Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob,
47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak
dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran
dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan
Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun,
penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada
satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang
serius) akibat tekanan yang dihadapi di sebabkan penjualan yang merudum teruk.
Memang
tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap
usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar
bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara
kecil-kecilan. Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya
berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura,
Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di
negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di
pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur.
Oleh
itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak
sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau
Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk
Kurma’. Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi
pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta
basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000
rangkaian pengedar di seluruh negara.
Prinsip
utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau
bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui
pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit. “Saya menghadapi banyak kesukaran
dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya
berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya
bersyukur mendapat bantuan keluarga. “Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada
kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung,
malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf
yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun
berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai
perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan
kering dan rempah. Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun
menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal
kurma di negara ini. Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan
perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain
harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.
Yang
penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk
bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar
kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka. “Selain
itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa
diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan
setiap kali menjelang Ramadan. Dalam usaha memastikan semua produk edarannya
dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk
menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.
Teknologi
yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas
amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara
automatik jika berlaku kebocoran. Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor
simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa
dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan. Syarikat itu
ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada
buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari
kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan
Arab Saudi. Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf
memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja
musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun
depan.
Menceritakan
sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan
cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran
tidak berapa elok, namun beliau tidak panik. Ini menyebabkan Yusuf pergi ke
Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada
masa akan datang. “Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman
berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan
pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.
Beliau
berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali
sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi
pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Pada masa ini syarikatnya
mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa,
Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan. Kurma mempunyai tiga
peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma
kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir
dan Jordan. “Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik
pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum
membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami
ialah kepuasan pelanggan.
“Saya
juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan
kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport
terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport
dari lebih 30 negara. Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada
peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada
Ogos, September dan Oktober.
Walaupun
sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk
memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. “Kita kena bantu orang
susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau
ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,”
katanya.
Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
ReplyDeleteAnda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.
Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita tanpa mendapat pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
ReplyDeleteKami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar sebanyak $ 150,000 tanpa cagaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.
Nama: __ Hendi Zikri Didi
ReplyDeleteBandar: _______________ Melacca
pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.
Pusat Aplikasi / Hubungi
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516