FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN DALAM
PERNIGAAN
Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan
teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari.
Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang
berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum
para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa
dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun,
persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran
perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.
Persekitaran Mikro
Persekitaran
mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri.
Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan
mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan perancangan dan
melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam
industri. Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal,
institusi kewangan, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.
a). Pengguna
Pengguna
merupakan kumpulan sasaran utama dalam sesebuah perniagaan. Mereka mengunakan
barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah industri. Pengguna
boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan
manusia. Pengguna dianggap ‘raja’ di
dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri
seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan. Keputusan
organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di
pasaran dipengaruhi oleh kehendak dan citarasa pengguna.
b). Pesaing
Usahawan
yang ingin melakukan perniagaan baru hendaklah menganalisis pesaing mereka di dalam industri.
Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama
atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka juga boleh
mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru)
dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh
mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan. Analisis grid boleh digunakan sebagai alat
untuk menganalisis dan penentu tahap persaingan di dalam industri. Usahawan juga boleh
mengenal pasti setiap aspek kekuatan dan
kelemahan pesaing mereka dengan alat ini serta dapat membantu mereka untuk memulakan pelaburan baru.
c). Pembekal
Pembekal
adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh
menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual dan mereka juga
boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran. Pembekal
hendaklah sentiasa berinteraksi dengan
organisasi perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan memberi
pelbagai kesan kepada penetapan corak perjalanan, operasi dan kemajuan sesebuah organisasi
perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin
perjalanan bagi operasi sesebuah organisasi perniagaan agar tidak terganggu dan terus berkembang.
d). Insitusi Kewangan
Insitusi
kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai sesebuah perniagaan baru atau bagi
mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk
memulakan perniagaan baru kerana ianya tidak
mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan
membebankan perniagaan baru. Oleh hal
yang demikian, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap
usahawan.
e). Agensi Kerajaan
Kerajaan
adalah pengaruh bagi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.
Contohnya Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian.
Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada pelbagai jenis aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan
yang dilaksanakan oleh kerajaan mempunyai objektif dan tujuan tertentu.
Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada usahawan.
f). Organisasi Bukan Kerajaan
Persatuan
Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan
Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan
yang mempengaruhi seseorang usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi seseorang usahawan
melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat
mengenai sesuatu produk. Oleh itu, ianya mempengaruhi pengguna dan memberikan
tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu dalam
perniagaan.
Persekitaran Makro
Persekitaran
makro merupakan satu persekitaran yang lebih luas yang memberi peluang dan
ancaman kepada syarikat. Persekitaran makro juga mempengaruhi aktiviti
perniagaan secara tidak langsung.
1. Demografi
Demografi
adalah berkait rapat dengan saiz, lokasi, kepadatan, umur, jantina, kelas
sosial dan lain-lain ciri kependudukan seperti bangsa, pekerjaan serta
statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah kawasan atau sesebuah
Negara itu sendiri. Persekitaran demografi sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi
pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan
dikeluarkan , produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Contohnya di
kawasan Lembah Klang populasi penduduk adalah ramai berbanding di Utara
Malaysia sebab Lembah Klang merupakan kawasan tumpuan ramai yang kaya dengan pelbagai
sumber ekonomi seperti perkilangan dan pertanian. Justeru itu dapatlah
dikatakan bahawa di kawasan Lembah Klang populasinya adalah tinggi, golongan
belia adalah ramai dan kuasa beli akan menjadi semakin besar.
2. Ekonomi
Faktor
ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Antara
lain ialah perubahan di dalam pendapatan
iaitu apabila pendapat meningkat kuasa beli akan meningkat. Faktor ini
juga melibatkan jumlah barang-barang dan perkihdmatan yang dihasilkan,
diedarkan, dijual dan digunakan dalam sesuatu ekonomi. Selain itu juga ianya
melibatkan transaksi pasaran,kerajaan,awam, dan transaksi bukan untung.Perubahan
di dalam cara berbelanja, menurut Hukum Engel telah menyatakan bahawa apabila
pendapatan penduduk meningkat, perbelanjaan untuk makanan akan menurun.Contohnya,
di dalam kegawatan ekonomi penggunaan kad kredit yang meluas boleh menyumbang
kepada penjanaan ekonomi kerana berlakunya peningkatan di dalam kadar
berbelanja pengguna. Apabila berlakunya kemelesetan ekonomi memberi kesan kepada aktiviti perniagaan
iaitu hasil keluaran dan pendapatan Negara akan merosot dan mengakibatkan
kebanyakan syarikat akan mengalami kerugian serta muflis.
3. Teknologi
Peningkatan
dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Selain itu juga ianya
berkait rapat dngan perkembangan produk baru, pemprosesan dan sebagainya. Perubahan
teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan pasaran baru kepada
pemasar. Ia turut menyumbangkan kepada peningkatan peruntukan belanjawan di
dalam R & D. Kesan dari pembangunan teknologi ini akan meningkatkan
keluaran, wujudnya produk-produk inovasi dan memberi kesan kepada
aktiviti-aktiviti pemasaran. Contoh : penggunaan internet di dalam melaksanakan
aktiviti promosi oleh sesebuah syarikat. Kesan daripada penggunaan teknologi
yang canggih juga akan menyebabkan kepada persaingan antara syarikat
perniagaan.
4. Politik
Organisasi
perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ianya melakukan operasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan
daripada kuasa politik, namun ianya mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti
organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan.
Misalnya, melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan
Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang
tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari
negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada
pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi
kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.Selain itu, undang-undang dan
peraturan yang digubalkan bertujuan menjamin etika perniagaan. Misalnya,
undang-undang jualan langsung (Direct Sale) adalah bertujuan untuk memberi
perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik
yang stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan
terus beroperasi dan berkembang.
5. Sosial dan Kebudayaan
Dalam
dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya tidak dapat
diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity
tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai
nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut agama dan bangsa.Dalam organisasi
perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika dalam kalangan
masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama
Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk
mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika
yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan
untuk maju dan mengembangkan perniagaannya keperingkat yang lebih meluas.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.
Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDelete